Akaun masriyahjohor.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DANA BAIKPULIH DAN OPERASI MASRIYAH JOHOR

DANA BAIKPULIH DAN OPERASI MASRIYAH JOHOR
LATAR BELAKANG SMA AL-MASRIYAH@MADRASAH AL-MASRIYAH
        
Sekolah Menengah Agama (Swasta) (Arab&Tahfiz) Al-Masriyah atau dikenali Madrasah Al-Masriyah ditubuhkan pada 1 Januari 1985 (kini berusia lebih 35 tahun dan beralamat di Batu 40, Jalan Johor, Simpang Renggam, Negeri Johor. Sesi pengajiannya telah bermula pada  01 Januari 1985 . Madrasah Al-Masriyah semasa itu ditubuhkan  oleh Tuan Guru Tahir Daeng Mangati , diatas tanah wakaf seluas 5 ekar itu, diwakafkan oleh Tuan Haji Husin bin Besar. SMA Al-Masriyah@Madrasah Al-Masriyah telah didaftarkan di bawah  Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada 30 November 2012  : 

No . Pendaftaran :    JLL2001
No. Kod Sekolah Negeri:   SMAS/KLG/001


SMA Al-Masriyah@Madrasah Al-Masriyah (swasta) Simpang Renggam, Johor ini bermatlamat melahirkan "Insan soleh, beriman dan beramal". M
elahirkan para pencinta Al- Quran. Pencapaian telah banyak melahirkan para Ulama, Ustaz dan Ustazah sejak ditubuhkan dalam dan di luar Negeri Johor. SMA Al-Masriyah ini juga antara Sekolah yang berpengalaman dalam Negeri Johor menguruskan urus tadbir Madrasah Swasta. Jumlah pelajar lelaki dan perempuan terkini adalah sebanyak 170 orang.


BANTUAN PEMBIAYAAN OPERASI BAIKPULIH SEKOLAH

Pihak pengurusan sekolah memohon bantuan orang ramai untuk membantu membiayai kos baikpulih bangunan sekolah, asrama, pendawaian elektrik dan kuaters guru yang kini berusia lebih 35 tahun. Kos yang diperlukan adalah sebanyak RM100.000 untuk fasa permulaan . Semua ini nanti akan menjadi keselesaan untuk para pelajar, warga sekolah menjalankan aktiviti keagamaan, kelas pengajian , penginapan pelajar dan guru. Makluman Tuan/Puan, pelajar disini adalah sebahagiannya dari kalangan anak-anak yatim dan asnaf yang susah dan dibantu oleh pihak sekolah. Tuan/Puan yang Mulia, Bantu kami untuk anak-anak ini belajar dengan selesa dan dapat tinggal dengan suasana yang baik. 

Pihak kami juga sedang mencari 10,000 yang dermawan untuk membantu membiayai projek baikpulih bangunan sekolah berusia lebih 35 tahun ini. Pihak kami menyasarkan jumlah kutipan dapat dicapai menjelang Januari 2022 agar kerja-kerja pembinaan baikpulih dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Bantulah walau hanya RM10 dengan seikhlas hati.










PENCAPAIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN































BAIKPULIH PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN MADRASAH


INFAK UNTUK KESELESAAN PELAJAR MADRASAH






Berikut adalah pakej sumbangan dana OPERASI BAIKPULIH SMA AL-MASRIYAH yang ditawarkan :

✅ PAKEJ A :  Sumbangan Dana Operasi RM100

PAKEJ B :  Sumbangan Dana Operasi RM50

PAKEJ C : Sumbangan Dana Operasi RM10



Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Bank : RHB BANK

Nama : MADRASAH AL-MASRIYAH@DARUL DAKWAH WAL IRSHAD

No Akaun :  20131636006560

Letakkan reference/remark  "Dana Masriyah "   untuk bantu kami semak transaksi sumbangan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubuni 0174422820 (Unit Dana Masriyah)
LIKE |FOLLOW |SHARE




INFAK SEKARANG


Boleh saya bantu?